Sparks Fly...
Once upon a time...
Thursday, 19 September 2013 • 07:26 • 0 comments

Hai assalamualaikum..

  Beberapa hari lagi nak PMR, tapi aku masih ada masa nak update blog. ((Macam ada yang baca sahaja)). Em, tadi masa on the way balik rumah. Aku teringat cerita sekolah rendah, masa aku mula mula pindah KL. Ecehhh, KL, pembetulan duduk Ampang tapi sekolah dekat Hulu Langat. Hikss.

  Al-kisahnya, aku mula mula masuk sekolah tu, semua macam peramah gila. Aku masuk kelas 2Delima, kelas ke4 daripada berapa kelas tah. Ya aku tahu aku bodoh masa tu. Masa mula-mula masuk kelas tu, cikgu yang bawa aku ialah Cikgu Lailah. Sekarang cikgu tu dah pindah Sabah :')

   Cikgu pun perkenalankan aku dekat satu kelas. Yes. Awkward, malu + segan masa tu. Kemudian, cikgu suruh aku duduk sebelah Farhana. Ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa becoknya mulut dia. Bila tengah buat kerja yang cikgu bagi, mulut dia tak berhenti pot pet pot pet dan dia selalu cakap ''biar lambat asalkan siap''. Tapi bila aku nak siap, dia cakap ''weyhh tunggu lah aku''. -.-

   Ya, itu kisah pasal kawan first. Ramai lagi kawan aku, Sahira, Amalina, Marina, Rabiatul, Syazana ramai.. Ramai lagi tapi aku dah lupa nama lagipun kitorang macam dah tak bercakap atau lebih dikenali sebagai 'stranger'. Ya i know menyedihkan. Hal ini disebabkan kami berbeza kelas dan aku pindah time darjah 3.

   Masa kelas 2Delima tu, aku ada minat seorang budak ni. Hahhhh, i know that time too young nak suka sesiapa, but who cares? Ahah. Nama dia biarlah rahsia. Cukup sekadar Z. Z pun suka aku. Z tahu aku suka dia sebab Farhana bagi tahu. -.- Tapi bila dah pindah sekolah, aku dengan Z dah jadi stranger. Ah siapa kesah? :3

  Masa dekat kelas tu jugak, aku terasa pandai XD sebab selalu dapat top3. Ahakkkks. Pada tahun 2007, aku pindah sekolah. lagi, ke SK Ampang. Lebih dekat dari rumah. Em, SK Ampang? Kawan first aku Marizanis. Aku masuk kelas 3Bumi. Kalau nak tahu, kelas dekat sekolah tu ada 9 Kelas. Ikut nama planet :3

  Selain Marizanis, aku rapat dengan Suriyani, Nik Hakimi, Tanesh Wafa, Adriana. Ok mestilah aku ada crush en. Nama dia ialahhhhhhh S. Ok dah cukup. Hahahaha. Lawak betullah xD dan  yang menyedihkan, masa pertengahan tahun aku pindah sekolah dekat Hulu Langat balik.

  Jadi aku dah macam tak contact dengan diorang ni. Atau lebih dikenali sebagai lost contact. Tapi nasib baik ada facebook! Kitorang mula berhubung balik and chat chat chat. Tapi en ((sorry banyak tapi)) aku rasa kitorang dah tak rapat macam dulu. Yes absolutely! :((

............................................................................................................................................

  Awal tahun hari tu, aku pergi bank. Tengah tengah aku menunggu ada seorang gadis manis jelita senyum dekat aku. Aku senyum ler balik. Bila tengok muka dia, sebijik cam Hazirah Hatta. Ada kerusi kosong sebelah dia, aku pun duduk sebelah dia. Then dia tegur aku. Rupa-rupanya dia memang Hazirah Hatta -.- Jadi kami berborak ler disitu sambil menunggu giliran nak keluarkan biasiswa.

  And pertengahan tahun hari tu, pergi sekolah dekat Bangi. Wakil sekolah untuk jadi Saintis Muda. Hiks. Satu team dengan Daus(Ema's). Masa nak masukkan nama dalam pendaftaran ((act kami daftar lewat tah pape tah)) aku selak lah helaian nama pendaftran tu. Dan aku jumpa ada SMK Dato' Ahmad Razali. Dan ada nama Nik Hakimi. OMG. Aku punya happy kat situ XD

   And bla bla bla. Masa dah habis penyampaian hadiah untuk saintis muda, aku jumpa nik. Ok tanya dia ingat aku dan tangkap dan wish goodluck. That's all. Even awkward, happy dapat jumpa kawan lama.

.................................................................................................................................................

   Banyak kali aku pindah sekolah. Sk Zainab 2. Ok semua kawan dah lost contact kecuali Bella. Entah yang lain ingat aku ke tak. Sad life ya sad. Harap dapat adakan reunion gabungkan 3 sekolah ((SKZainab2, SKTAAM, SKAmpang)). Tapi harapan. Whateverlah.

   My life my story. Terima kasih kerana membaca entry 'once upon a time...' aku ni. Tak kisahlah best ke tak, inilah cerita zaman sekolah rendah aku. Maaf terkasar bahasa & seumpamanya. Tunggu entry aku seterusnya. Bye Assalamualaikum x.




Gerak Gempur
Tuesday, 17 September 2013 • 03:45 • 0 comments

Hai assalamualaikum x.

   17.9.2013, pejam celik pejam celik. Semakin menghampiri PMR. Nervous ok. Study belum habis. Entahlah. Itu tak pandai ini tak pandai padahal PMR 2 minggu lagi. Ya Allah............

   Gerak gempur? Frust binti menonggeng. Warghhh. Berusaha untuk tawakal dan memperbaiki salah silap yang telah aku lakukan. Gerak gempur aku tak target apa apa pun. Cuma aku nak matematik A. Tapi hakikatnya? 2 markah sahaja lagi nak A.

   Bila difikirkan, aku banyak sangat buat dosa. Dan hal ini mempengaruhi keputusan gerak gempur aku.  Mungkin ini petunjuk & hidayah daripada Allah SWT untuk aku berubah? Untuk menjadi seseorang yang lebih baik dan berguna serta seorang yang beriman..
 
    Mungkin anda fikir aku merapu. Tapi sebenarnya aku serius. Aku menangis sebab dosa. Yan asked me ; Kau nangis math tak dapat A ke? Me; Takdelah. Syukurlah Allah bagi petunjuk untuk aku melalui gerak gempur ini. Tapi aku taktahu nak buat apa. Em. Aku akan usahakan untuk buat sesuatu.

   Doakan aku berjaya dalam PMR. Aku akan doakan anda semua juga. Terima kasih baca entry aku. Mungkin ianya berguna kepada anda. Inshaallah. I will do my best for PMR. It's time for study. Bye Assalamualaikum.



My Life, My Story.
Sunday, 15 September 2013 • 21:26 • 0 comments

Hai assalamualaikum.

   Selamat Hari Malaysia guys, hari dimana sabah & sarawak dimasukkan ke dalam malaysia. :)
Hari ini hari Isnin, bersamaan tarikh 16 September 2013. Ya, aku tahu dah menghampiri PMR,
dan aku masih sempat mengupdate blog. But it's okay.

    So now, aku nak share pasal hidup aku. Hidup? Apa aku buat je yang aku buat sepanjang aku bernafas di bumi Allah? Ya, aku banyak menghabiskan masa di bumi Allah untuk berbuat dosa & bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi & melakukan dosa yang sama berulang-ulang kali.

   Aku  kadang kadang penat buat dosa. Mungkin aku kurang berdoa kepada Allah SWT untuk menjauhi aku daripada segala perbuatan yang boleh melemahkan & merosakkan iman aku. Mungkin juga aku terlalu sibuk dengan hal dunia? Sehingga tiada masa untuk bersendirian bersama Allah. Mungkin? Setelah aku menunaikan ibadah fardhu, aku lupa Allah.

   Aku pernah terbaca something yang menarik, '' Bagaimana nak tahu yang bila masa kita lupa Allah? Saat kita melakukan dosa, masa itu lah kita lupa Allah." Ya, aku tulis semua ni bukan nak bajet muslimah ke alim ke, cuma nak kongsi bersama.

    Aku harap Allah melindungi aku daripada segala perbuatan maksiat, zina, tidak berfaedah dan sebagainya.. Amin ya robba alamin.

    Isnin hingga Jumaat macam biasalah sebagai seorang pelajar, pagi pergi sekolah, balik tidur. Tiada masanya nak stay petang di sekolah semata mata untuk teman kawan date or something. Why? Sebab bagi aku tidur lagi best. Lainlah kalau Farhan satu sekolah dengan aku. Hiks. Gedik ok gedik.

   Dah nak dekat PMR, sepatutnya aku habiskan masa dengan buku. Tapi hakikatnya? Hujung minggu is minggu dimana aku dapat contact Farhan yang berada jauh disana, yaaaaa. Memang buku diabaikan. CHoopp! Tak bermakna aku tak pentingkan pelajaran. Lagipun, usia macam aku ni, tak sepatutnya digunakan untuk bercinta.  At least aku tahu nak bahagikan masa untuk Farhan dan pelajaran. Take a note ya guys :3

  Ok then, Benda wajib tiap minggu aku buat ialahh;
    RUNNINGMAN , aku tengok dekat tv, jadi akan ketinggalan banyak episod. Yan selalu tengok dekat internet episod latest. Then cerita dekat aku apa jadi, siapa menang, apa yang lawak, tetamu yang gedik dan tetamu yang dia tak suka. And after a month, baru aku dapat tengok apa yang dia cerita dekat aku tu. Sadis betul XD At least dapat tengok right? Dapat release tension dan gelak gelak, habis ilmu keluar. Haha. Astagfirullah

     Guys, aku tahu korang boring baca entry ini. Tapi siapa suruh baca? Aku tak suruh pun. Thanks ok melawat. Maaf merepek. Sebarkan senyuman. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :)
Do Follow my ig/twitter = @maizatulhasniza
 

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
Friday, 13 September 2013 • 08:13 • 0 comments

1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.
3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.
4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.
5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.
6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).
7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.
8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.
9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.
10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.
11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.
12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.
14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.
15.Kain kafan mayat mereka bertulis.
16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.
17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.
18.Suami halal meliwat isteri.
19.Harus taqiah (boleh menipu berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.
20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.
21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.
22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.
23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
- See more at: http://fuh.my/23-ciri-ciri-ajaran-syiah-yang-perlu-diambil-tahu/#sthash.PJTw4hnv.dpuf

Bagaimana Syaitan Menelanjangi Muslimah
• 08:02 • 0 comments


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi, dan yang sering diguna adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan tahu persis kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut ini tahapan-tahapnya.


I. Menghilangkan Definisi Hijab


Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau mode hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar’i, pakaian ya pakaian, apa pun bentuk dan namanya.


Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.


Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar’i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar mode. Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar’i tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?


Pertama, Membuka Bahagian Tangan


Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka, maka syaitan membisik kan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar sang wanita akhirnya memakai pakain model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki yang melihat nya juga biasa-biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tuh tidak apa-apa kan?


Kedua, Membuka Leher dan Dada


Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan hal baru lagi. “Kini buka tangan sudah lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekedar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak ghairah. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya bahagian kecil saja yang terbuka.


Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.


Ketiga, Berpakian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, “Pakaian kan hanya gitu-gitu saja, cari model atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Sang wanita tertanya-tanya. “Banyak model dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih enak dipandang,” syaitan memberi idea baru.


Maka tergodalah si wanita, di carilah model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan tembus-pandang (transparent). “Tak apa-apa kan, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menambahkan. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparen, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).


Keempat, Agak di Buka Sedikit


Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya segar dan enak, yakni dibisiki wanita itu, “Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?” Dengan itu kamu akan lebih leluasa, lebih kelihatan lincah dan bertenaga.”


Lalu dicubalah ide abaru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih enak dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik ke kereta. “Yah tersingkap sedikit tak apalah, yang penting enjoy,” katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merusak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar’i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahapan berikutnya.


II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit


Kini syaitan melangkah lagi, dengan trik dan siasat lain yang lebih ampuh, tujuannya agar para wanita menampak kan bahagian aurat tubuhnya.


Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit.


Syaitan berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar membuat susah, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih enak kalau di potong saja hingga atas mata kaki.” Ini baru agak longgar. “Oh ada yang terlupa, kalau kamu bakai baju demikian, maka tudung yang besar tidak sesuai lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil sedikit agar lebih serasi dan padan, orang tetap menamakannya dengan "bertudsung".


Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini buru-burulah mencari model pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan sepatu hak tinggi, yang kalau untuk berjalan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian orang.


Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis


Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang-orang yang melihat juga tidak begitu peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak bereaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari model lain yang lebih enak, bukankah kini banyak pakaian setengah betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu pendek, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.” Nanti kalau sudah terbiasa, baru kamu cari model baru yang terbuka hingga setengah betis.”


Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat pribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turuti. Maka terbiasalah dia mema-kai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.


Ketiga, Terbuka Seluruh Betis


Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang sang wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun buru-buru bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak laki-laki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka yaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya.”


Tetapi… apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum laki-laki,” hatinya berkata. “Fitnah? Ah itu kan zaman dulu, di masa itu kaum laki-laki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum laki-laki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini berarti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja model pakaian di sana-sini, dari yang berharga rendah hingga yang yang berjenama, seperti Kristian Dior, semuanya menawarkan model yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikuti model itu akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”


Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis biasa dia kenakan, apalagi banyak para wanita yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempermasalahkan itu. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari siasatnya untuk melucuti hijab wanita.


III. Serba Mini


Setelah pakaian yang menampak kan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini modelnya berpakaian mini, dan agar serasi rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah.”


Maka akhirnya pakaian mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggung nya dan berbagai model lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian pesta, berlibur, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, pagi, musim panas, musim dingin dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.


Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.


Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling rawan saja yang tinggal untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na’udzu billah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”


Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan laki-laki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu” syaitan tak mau ambil risiko.


Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larut, karena kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sangat sulit bagi kita untuk mengatasinya.


Membiarkan mereka membuka aurat berarti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyeng-sarakan, baik di dunia maupun di akhirat. Wallahu a’lam bis sawab.


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/09/bagaimana-syaitan-menelanjangi-muslimah.html#ixzz2emk9fbkV

Am i too old to get wet ya?
Sunday, 11 August 2013 • 03:21 • 0 comments

It's seems like i'm too excied with this Raya rite? Yes! Absolutely not at all!
On the first day, ((susah nak speaking)) aku demam. Cobaannnnn.
Jadi, aku hanya bangun pakai baju raya, tangkap gambar, then tidurrrrrr!
Malam tu, okay dah sikit.
Like usually, aku beraya di PARIS.
Nama sahaja beraya, hakikatnya duduk terperap di rumah.
What an awesome RAYA! yeah i know guys. Tenkiu tenkiu.
Second of Syawal? Duduk rumah je. Like usuallylahhhhhh.
Third of Syawal? Jeng jeng! Pergi 4 rumah, 2 kenduri, 1 open house, 1 melawat.
Aku memang tak tahu erti penat lelah. Bab berjalan nombor 1. NOMBOR SATU!!

Wet yaaaaa (( duit raya ))

Aku memang tak tahu erti penat dan lelah. Tapi berjalan sahaja yang banyak. Income 
sama sahaja. Tak naik naik. Wet ya gua tak sampai rm50 :(
Tua sangat ke aku sampai taknak bagi wet ya? K fine ah fine ah.
Hahahahha. Nampak tak kebatakan aku? Mwah mwah.


 Ehemmmmm
Third of Syawal

With eric.

4th of Syawal , Baju raya.

So ya. Sampai sini sahaja repekan aku. Take care guys.
Jangan main mercun. Kang ada yang ke sekolah tangan berbalut tak pasal.
Duit raya jangan lupa bagi aku okay?
Stay cute. Ilymfag. Assalamualaikum.
Have a nice day!

The cutie blogger,
Maizatul Hasniza

Jambori Belia :)
Monday, 27 May 2013 • 02:47 • 0 comments

Assalamualaikum , hi guys ^^
Dah lama tak update blog . Miss me ? Okayy , i know ^^
Im just busy with my life . Hby ? Hikss
Urmm , im so tired of my hectic life . xx
Need some rest . Baru balik dari Putrajaya semalam , sempena Jambori Belia 2013 .
A lot of thing happen there . Best Jamboree ever ! :'D
But , i need to forget the memories . :'(
Why ? Adolahhh sebabnya . Hmmm :')
So here you go , some of pictures at Putrajaya :)
 Pengakap 07 :)
 Weeeeeee
 Malam kebudayaan , persembahan daripada wakil Selangor .
 Tak payah buat muka comel lah kan . Alisa -..-
 Jom Heboh , stok untuk sebulan
 Putarajaya , Istana Kehakiman
 Masjid Besi , Putrajaya :)
Jangan cemburu , with Izzue Islam ;)

Tak semua gambar aku masukkan . 
Masa malam hari ketiga , pintu gerbang Kontijen Selangor nak dirobohkan ,
kitorrang belum ambil gambar , ajak Jalilians tapi diorang taknak .
Okfoine . Jadi kami pinjam pengakap sekolah lain punya gmbar . Hahaha .
Muka tak malunyaaaaaaaaa . 
Dan kami dapat tangkap gambar tersebut . How happy we're .
Malam ketiga terakhir tu jugaklah , malam paling best .
Lepak , karaoke , and majlis penutupan .
Guess what , aku dan nabila menang johan wakil selangor dalam pertandingan
Fox Hunting . ^^
Dapat walkie Talkie and sijil . Sepasang walkie talkie , apa boleh buat ?
Satu dekat nabila , satu dekat aku . -___-
Nvm , asalkan dapat XD
Okayyyy guys . Bye . Assalamualaikum 
Enjoy your holiday ! ^^

Comel tak blogskin i ? Xp

Disclaimer
No harsh word please !


Hi Assalamualaikum. I'm Maizatul Hasniza & i'm 15 // I want to be successful. Instagram//;maizatulhasniza Twitter//;@mhgzzaki :)



" >"

MHGZZAKI
Maizatul Hasniza bt Ghulam Zaki


I'm just a little bit caught in the middle Life is a maze and love is a riddle

Time Machine
let's get back...



Credit Card
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Picture take from : We Heart It
Linkies code : WANA
Big Helped : Them